Ahad, 27 Oktober 2013

MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM SIRI 1


Kuliah Haraki 'Memahami Perjuangan Islam Siri 1' disampaikan oleh AF Ustaz Suhaimi Abd Wafir sewaktu slot Himpunan Muslimat. Pengisian yang diberikan cukup mantap. Satu suntikan semangat buat para petugas Islam. Ibarat menyegarkan jiwa yang lesu, mengejutkan mereka yang tidur. Beliau turut berkongsi formula : Faham + Sayang + Jihad & Pengorbanan = Hasil kerja yang terbaik. Katanya, "Jika sudah ada kefahaman yang jelas tentang perjuangan Islam, lantas akan lahir sayang pada perjuangan Islam, maka kemuncaknya lahirlah roh jihad & pengorbanan, akhirnya nanti pasti akan membuahkan hasil kerja yang terbaik untuk gerakerja Islam."



Oleh : USTAZ SUHAIMI ABD WAFIR

MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM SIRI 1

(إقامة الدين وسياسة الدنيا به)
Perjuangan Islam adalah perjuangan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w. bagi tujuan menegak dan mengembalikan ketuanan Islam di atas muka bumi Allah Ta’ala.

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim." (Ayat 193 : Surah Al-Baqarah)

Namun begitu, wujud salah faham tentang Islam yang sebenarnya. Definisi Islam yang difahami oleh dunia Barat dan golongan sekular sebagaimana tercatat di dalam Kamus Britannica yang ditinggalkan oleh penjajah. Mereka memahami agama dalam 4 aspek sahaja; iaitu :
1) Ibadah
2) Rumah Ibadah
3) Nikah Kahwin
4) Kematian
Ini adalah Islam yang diperjuangkan oleh golongan sekular. Inilah yang melekat di dalam pemikiran umat Melayu. Ustaz-ustaz pun kalau nak perjuangkan Islam hanya terbatas kepada 4 perkara ini sahaja. Sedangkan Islam itu diturunkan Allah untuk mengatur seluruh aspek kehidupan.

Justeru itu, apakah definisi Islam yang sebenar?
Islam yang sebenar adalah Islam yang syumul, yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam itu Daulatun. Islam yang menaungi negara dengan berpaksikan kepada 6 Rukun Iman.
Ketuanan Islam - Mendirikan agama dan mengurustadbir negara ini dengan agama Allah.

Matlamat Perjuangan Islam :

1. الله غايتنا (Allah matlamat kami)
2. الرسول زعيمنا (Rasul pemimpin dan juga ikutan kami)
3. القرآن دستورنا (Al-Quran perlembagaan kami)
4. الجهاد سبيلنا (Jihad adalah jalan kami)
5. الموت في سبيل الله أسمى أمانينا (Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami)

Langkah-Langkah Dalam Perjuangan Islam :

1. إصلاح الفرد (Membentuk peribadi muslim)
2. بناء الأسرة المسلمة (Membentuk rumahtangga muslim)
3. بناء المجتمع المسلم (Membentuk masyarakat muslim)
4. بناء الدولة الإسلامية (Membentuk Daulah Islamiyyah)
5. أستاذية العالم (Islam menjadi pakar rujuk kepada alam)

Aktiviti-Aktiviti Perjuangan Islam Untuk Menuju Kepada Matlamat (Tarbiyyah)

Segala aktiviti yang dibawa oleh para Rasul dan generasi yang mengikut jejak langkah mereka adalah untuk mendekatkan diri manusia kepada Allah Ta'ala. Segala bentuk aktiviti yang bercanggah dengannya adalah TAGHUT.

1. Tarbiyyah Ruhiyyah
2. Tarbiyyah Badaniyyah
3. Tarbiyyah Siasiyyah
4. Tarbiyyah Jihadiyyah
5. Tarbiyyah Imaniyyah
6. Tarbiyyah Thaqafiyyah
7. Tarbiyyah Ijtima'iyyah

karmila : Perlembagaan PAS - Fasal 5 (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan