Jumaat, 28 Disember 2018

PANTUN ADAB DAN AKHLAK

 

      
Rekabentuk oleh Anakanda Khairina


Ke hadapan Anakanda Puteri Mujahidah,  

Bonda titipkan pantun Adab dan Akhlak sebagai ingatan buat diri Anakanda.

Moga menjadi penyejuk mata penawar hati, Ayahanda Bonda. 
 



Ibu di dapur memasak kari
Menu istimewa si ikan bawal
Adab sopan perhiasan diri
Perlu dididik sedari awal

Sungguh segak muda belia
Hendak ke mana saya bertanya
Orang beradab berakhlak mulia
Manis sekali hati budinya

Cantik menawan si gadis Hanan
Hajat di hati nak hadir keraian
Budi pekerti penuh kesopanan
Jujur dan ikhlas jadi pakaian

Mentaati ibubapa sepenuh hati
Moga menjadi anak yang hebat
Akhlak terpuji kehalusan pekerti
Dikasihi keluarga serta sahabat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan