https://www.youtube.com/watch?v=yomFDefkxE0
Credit to Seventeen Eleven Music
SETANGGI SYURGA 2020
INTEAM ft. KHAI BAHAR
(Album asal : Inteam '04 )
Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
#SetanggiSyurga2020 #Inteam #KhaiBahar
Kata-kata puitis mendambakan kenikmatan Syurga Abadi
Lirik :
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Yakin dengan janji ALLAH. ALLAH memberikan khabar gembira kepada orang-orang beriman dan beramal soleh, iaitu SYURGA buat mereka.
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: ‘Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu’; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (QS. Al-Baqarah : 25)
Syurga itu selain indah, cantik dan menawan, juga memiliki bau yang amat wangi.
Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad SAW: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan surga." Jawab Nabi SAW: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."
Bau Syurga yang boleh dihidu oleh manusia berdasarkan hadis Rasulullah SAW adalah berbeza-beza, mungkin berdasarkan kepada amalan manusia itu sendiri. Ada hadis yang menyebut sehingga jarak perjalanan 70 tahun, 400 tahun hingga 500 tahun.
Kenikmatan Syurga bukanlah suatu yang sementara. Diibaratkan seperti kilauan sebilah belati. Belati sejenis pisau, bila diarahkan ke arah cahaya, ia berkilau, tapi bila tidak diarahkan kepada cahaya, ia takkan berkilau lagi.
Lirik :
Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman
Rindu yang melonjak-lonjak untuk merasai nikmat Syurga yang dijanjikan. Namun ALLAH mengkehendaki jika hendak masuk Syurga perlu melepasi perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu. Kenikmatan syurga yang sementara tak mampu menggugat keteguhan iman.
Lirik :
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung
Cinta kepada ALLAH melambangkan cinta yang tidak mudah goyah, tidak
mudah tunduk dengan tuntutan nafsu dan terpedaya dengan tipu daya dunia. Sebaliknya, mencari dan terus mencari cinta
ILAHI.
Lirik :
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
Kerna awan itu rapuh
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
Kerna awan itu rapuh
Kesaksian cinta antara hamba dan Penciptanya. Betapa takutnya seorang hamba untuk
meletakkan pengharapan dan kebergantungan kepada sesuatu selain dari ALLAH,
sesuatu yang tidak kekal dan pasti rapuh.
Lirik :
Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam
Antara ciri-ciri ahli Syurga adalah orang yang mampu mengawal hawa
nafsunya termasuk dendam dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Namun dengan Rahmat ALLAH dan dengan segala
amal kebaikan yang dilakukan mampu melebur dosa yang hitam dan kelam itu.
Lirik :
Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
Kerinduan kepada ALLAH SWT adalah buah dari bertakhtanya cinta dalam
hati seorang hamba. Bersabar menganyam
rindu sejak di dunia lagi untuk bertemu dengan ALLAH di Syurga abadi sebagai
lambang kecintaan tanpa perlu kepada pengucapan. Apatah lagi rindu dengan
kenikmatan Syurga yang telah dijanjikan oleh ALLAH kepada hambaNya dan kekal
dalam redha ALLAH selamanya di dalam Syurga.
Lirik :
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
“Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk
(menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”.
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Ali Imran : 9)
DOA MEMOHON SYURGA
"Allahumma inni as alukal jannah, wa a'uuzubika minannar."
Ya Allah sesungguhnya aku memohon padaMu syurga, dan aku berlindung denganMu
daripada neraka.
[HR Abu Daud & Ibn Majah]
[HR Abu Daud & Ibn Majah]
3 isi tersurat dan tersirat
BalasPadam