Rabu, 16 Julai 2014

ISU SYRIA DAN PALESTINE


TAZKIRAH RAMADHAN OLEH USTAZ SUHAIMI ABD WAFIR

Tazkirah Ramadhan dari AF Ustaz Suhaimi menyentuh isu Syria dan hubungkaitnya dengan isu Palestine. Kematian rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh tiga tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.
Isu Palestin dan Syiria bukan hanya isu kemanusiaan semata tetapi juga merupakan isu akidah umat Islam. Kedua-dua negara ini adalah bumi Syam seperti mana disebut di dalam Al-Quran & Hadis. Ramai para sahabat Nabi yang keluar berhijrah ke negeri Syam. Bersandarkan dari hadis nabi negeri Syam sebagai negeri yang diberkati berbanding negeri Najad (Arab) nanti akan keluarnya tanduk syaitan.
Negara Syam sekarang ini terdiri daripada 4 negara iaitu Syria, Jordan, Palestine & Lubnan. Syria merupakan salah satu laluan ke Palestine dan sebelum ini menjadi pengkalan bagi gerakan Islam Palestine.
Mengikut hadis Nabi, negara Syam menjadi tempat pengumpulan kaum Muslimin iaitu di sebuah tempat bernama Ghouta yang berada di Bandar Damsyik. Ketika ini, kawasan ini menjadi tempat paling ramai Mujahidin berhimpun. Di sini nanti akan kembali semula terbentuknya sistem pemerintahan khilafah Islamiyah.
Di Damsyik, Syria juga ada Masjid Umawi. Kubur Salahuddin Al-Ayyubi terletak betul-betul di tepi Masjid Umawi. Juga ada disebut di dalam Hadis Nabi bahawa Nabi Isa A.S. akan turun di Menara Putih sebelah timur kota Damsyik.
Ada kajian dilakukan, apa yang berlaku di Palestine dan Syria merupakan agenda yahudi dengan tujuan untuk melambat-lambatkan kebangkitan Islam kerana yahudi sedar bila sampai masanya nanti akan tetap berlakunya kebangkitan Islam dan tiada siapa yang dapat menghalangnya.

karmila : Pesanan Ulama Palestin, selagi Damsyik (Syria) tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa (Palestine) akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dengan apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan