Sabtu, 8 Ogos 2015

SYOKNYA SHOPPING



“Ingat pesan umi..kita beli pemadam dan pensil color saje." Si ibu mengingatkan. "Ok..ummi," sahut ina sambil tersenyum.

*****

"Ummi..beli pensel..ummi," Ina bersuara tatkala lalu di bahagian peralatan pensil.

"Eh, tak payah..kan dah beli satu kotak bulan lepas..ada lagi..nanti tengok dalam kotak..ummi letak kat meja cermin," jawab ummi pantas. Ina mengangguk tanda mengerti.

*****

"Ummi..ina rasakan..dakwat pensil mekanik ina dah habis jugak, ina bersuara lagi."

"Bukan baru beli ke ahad lepas," tanya ummi kehairanan. "Yang ummi beli 0.7 yang dah habis tu 0.5," jawab ina dengan penuh yakin.

"Kenapa ada dua pulak?" tanya ummi dengan nada kehairanan.

"Yelah..mula-mulakan pensel 0.5, lepas tu ina tak jumpa tak tau letak mana..ummi belikan 0.7..lepas tu bila dah jumpa balik pensil 0.5..ubat pun takde." jelas ina pada umminya. "Emm..", jawab umi pendek.

*****

"Ummi..beg mengaji frozen ina dah nak koyak umi. Belilah yang lain ummi." kata ina dengan gaya memujuk.

"Boleh pakai lagi..yang ina letak buku-buku berat buat apa..beg mengaji ringan je..iqra dengan buku latihan jawi, bahasa arab. Buku latihan lain dengan majalah biar saja atas meja tu..tak perlu angkut semua." Ummi tersenyum dalam hati bila melihat ina boleh menerima alasannya.

*****

"Ummi..ummi..selipar ina dah tak muat ummi..ummi tengok..kaki ina dah keluar." Sambil menunjukkan tumit kakinya yang terkeluar hampir seinci. "Tadi ina tengok kat luar ada kedai tu jual selipar frozen dengan sofia ummi." "Boleh la ummi..boleh la. Ina tak selesa la pakai selipar kecil ni." Rayu ina kepada umminya dengan harapan keinginan dipenuhi.
"Nanti ummi fikir dulu ye.." jawab ummi sambil tersenyum.

*****

"Ummi...ummi.." panggil ina seakan mahu meminta sesuatu lagi.

"Dah..dah..jom kita beratur bayar..nanti entah apa-apa nak beli lagi," celah ummi sambil memegang tangan ina ke kaunter pembayaran.

*****

Sampai sahaja di dalam kereta, ummi terus bersuara.. "Apa ni ina, tadi masa mula-mula datang dah janji nak beli 2 barang saja. Haa..ni dengan dakwat mekanik, selipar, keropok, coklat pun beli gak."

"Bukan salah ina..ummi, kedai tu yang jual banyak barang. Macam mana ina tak beli macam-macam," jawab ina dengan alasannya sendiri. "Emm..alahai.." Ummi hanya mampu menggelengkan kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan