Isnin, 11 Disember 2017

BACKPACKING BRUNEI 2017 (4)


Di Brunei takda bangunan tinggi pencakar langit. Tetapi.. yang menjadi mercu tanda negara adalah pada keunikan rekabentuk dalaman dan luaran masjid-masjid yang dibina, selain soft & hard landskap di sekitar masjid turut menyerlah keindahan binaannya.

Berkesempatan singgah ke 2 masjid utama di Bandar Seri Begawan iaitu Masjid Jame' Asr' Hassanal Bolkiah dan Masjid Omar Ali Saifuddien. Masjid yang mempunyai kubah-kubah bersalut emas!

Masjid Jame' Asr' Hassanal Bolkiah :
- Masjid terbesar di Brunei meliputi kawasan bangunan, parking kereta, taman dan hiasan air pancut seluas 20 ekar dan merupakan wakaf peribadi Sultan Brunei Hassanal Bolkiah.
- Mula dibina 1988 dan dibuka untuk kegunaan pada 1994.
- Terdapat 2 kubah besar dan 27 kubah penutup menara dengan kemasan mozek emas dan puncak bersadur emas. 29 kubah melambangkan pemerintahan Kesultanan Brunei yang ke-29.







Selfie pun tak boleh, apa lagi nak main 'Pokemon Go'



****************************************************************

Masjid Omar Ali Saifuddien : 
- Siap pada tahun 1958. Walaupun sudah berusia 59 tahun, masih lagi tersergam indah.
- Masjid ini dinamakan bersempena nama sultan ke-28 ketika itu yang bertanggungjawab menjadi pereka dan pengasasnya.
- Dibina berdekatan Sg.Brunei dan terdapat sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kg.Ayer.





Kemasan lantai bilik tandas

Kemasan lantai bilik wuduk


Sebahagian masjid dibina di kawasan berair yang membentuk sebuah lagun. Di tengah-tengah lagun dibina satu bahtera diraja digelar Mahligai Barj Sultan Bolkiah.

Replika Bahtera Mahligai


Mimbar bahtera

Keseluruhan dinding mimbar dihiasi dengan kemasan mozek


>Dapat kongsi foto luaran sahaja. Sebab ada papan tanda dan juga penjaga masjid yang melarang untuk mengambil foto ruangan dalam masjid.
Kebersihan semua masjid ini memang tip-top.. termasuk la kat tandas nya.. 


#backpackingBrunei2017
#27-29Aug2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan