Sabtu, 12 Mei 2012
MENCARI PASANGAN YANG BERAGAMA
Sesiapa yang mendengar ceramah Ustaz Mohamad Amin memang berbaloi kerana ceramahnya yang segar dan penuh dengan pengisian. Sebarang tajuk yang dibicarakan akan dikaitkan dengan kehidupan semasa, bukan sekadar teori tapi praktikal, dan yang terbaiknya, aura cerianya mewarnai ceramahnya, enjoy mendengar tutur bicaranya. Selain menjadi penceramah agama, Ustaz Mohamad juga seorang pakar motivasi dan merupakan peguam syari'e. Ini antara kuliah beliau di dalam slot Pesona D'Zahra Ikim FM 102.7. Ustaz berkongsi tentang pelbagai ragam manusia yang mengamalkan agama bukan mengikut acuan Islam yang sebenar tetapi mengikut hawa nafsu dan citarasa sendiri.
Oleh : USTAZ MOHAMAD BIN ABDULLAH (USTAZ AMIN)
MENCARI PASANGAN YANG BERAGAMA
Ada 7 Jenis Golongan Manusia Yang Mengamalkan Agama :-
1) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Ikut-Ikut (Taqlid)
- Golongan ini mengamalkan agama main ikut-ikut orang sahaja, disebabkan kurang ilmu dan jahil. Suatu amalan yang dilakukan tanpa berdasarkan ilmu - konsep yang salah, maka, akan berlaku kesalahan dalam amalan & tindakan. Jika belajar agama kena ada rujukan yang sah – Al-Quran, Hadis & Kitab Imam muktabar.
2) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Nafsu
- Golongan ini mengamalkan agama dengan ambil yang mudah-mudah & yang mana rasa sesuai sahaja. Yang senang diamalkan yang agak susah ditinggalkan.
- Ada golongan yang ekstrem dalam beramal, contohnya beribadat sahaja tanpa mempedulikan tanggungjawab pada keluarga, masyarakat.
3) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Budaya
- Golongan ini mengamalkan agama ikut kebiasaan antaranya seperti yang telah diterapkan oleh keluarga atau sudah menjadi adat sesuatu kaum.
- Contoh pertama, mereka yang telah dibiasakan dari kecil memakai tudung, ada kalanya bila dewasa mereka ini masih pakai tudung tetapi bukan sebab iman, mungkin sebab sudah biasa bertudung & di tambah lagi nampak cantik bila bertudung. Tidak memahami konsep sebenar menutup aurat. Ada juga yang bertudung tetapi tidak solat.
- Contoh kedua, orang melayu memang geli (@ rasa nak muntah) dengan babi. Apatah lagi tak makan babi sebab tahu haram. Tetapi tak sedar diri juga melakukan perkara-perkara haram seperti tak solat, bercouple, rasuah dsbnya.
4) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Sebahagian-Sebahagian (Ju’ziyyah)
- Golongan ini mengamalkan agama hanya sebahagian, tidak mengamalkan agama sebagai satu cara hidup. Yang baik buat, yang jahat pun buat juga.
- Sebagai contoh, orangnya solat, puasa tetapi masih melakukan maksiat. Contohnya, ahli masjid tetapi masih ambil nombor ekor.
5) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Kepentingan
- Golongan ini mengamalkan agama disebabkan ada kepentingan diri. Jika amalan itu memberikan kebaikan kepadanya, dia akan amalkan. Ada yang ingin menunjuk-nunjuk, harapkan pujian atau nak dapat nama di atas amal kebaikan yang dilakukan.
6) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Akal
- Golongan ini mengamalkan agama dengan berpegang kepada taksiran akal. Orang yang memudah-mudahkan agama. Orang yang terima sesuatu hujah jika ada logiknya. Ada juga yang di gelar sebagai golongan liberal disebabkan menerima apa jua perbuatan yang dilihat baik pada zahirnya.
7) Orang Yang Mengamalkan Agama Dengan Ilmu & Iman
- Golongan inilah yang menepati ciri-ciri orang yang beriman.
- Sentiasa tingkatkan ilmu & tekadkan iman.
- Sentiasa berusaha bermujahadah dalam mengamalkan agama & bercita-cita menjadi orang yang beriman.
- Menjadikn deen (agama) sebagai the way of life, sebagai satu cara hidup yang lengkap.
karmila : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam keseluruhannya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah Al-Baqarah : 208)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan