Selasa, 1 Mei 2012

TANYALAH DIA ABU NAWAS



Nama Buku : Tanyalah Dia Abu Nawas
Penyusun : Abdullah Ahmad
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Harga : RM 18.00
Genre : Sastera Rakyat (188 mukasurat)


"Kalau rasa otak dah tepu, eloklah rehatkan minda dengan membaca buku ini. Daripada baca komik kartun, baik rasanya baca kisah-kisah tentang Abu Nawas ini. Banyak yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran. Jika orang melayu terkenal dengan kisah rakyat seperti Pak Pandir dan Si Luncai, kisah tentang Abu Nawas pula sangat terkenal di Tanah Arab. Jika Pak Pandir dan Si Luncai terkenal dengan kebodohan mereka, tetapi berlainan pula dengan Abu Nawas yang terkenal ‘panjang akal’ dalam menyelesaikan masalah dan sebarang persoalan akan dijawab mengikut ‘kepala otaknya’ sendiri. Pasti anda akan tersenyum apabila melihat jawapan yang diberikan oleh Abu Nawas yang ada logik dan kebenarannya."

Sipnosis :
Abu Nawas atau Syaikh Juha atau siapa pun nama sebenarnya lebih dikenali sebagai pelawak nombor satu dari Arab. Beliau memang menjadi lagenda dari banyak tokoh ‘legendary’ dari Arab. Abu Nawas adalah seorang yang mementingkan keadilan dan kebenaran. Beliau juga tidak pernah gentar untuk menyuarakan kebenaran di hadapan khalifah dan berani menentang ketidakadilan.
Kebijaksanaan dan kepintaran Abu Nawas dapat dilihat dari bagaimana cara dia menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dan setiap persoalan yang diajukan kepadanya akan dijawab dengan mudah, tepat dan berkesan. Setiap kejadian yang dialami oleh Abu Nawas mengandungi maksud tersirat dan tersurat yang boleh dijadikan panduan, pangajaran dan nasihat.

Terdapat 168 kisah yang terkandung dalam buku ini.
Antara tajuk kisah Abu Nawas :
Tanyalah Dia – m/s 1
Buyung yang boleh melahirkan – m/s 9
Anak Tercantik – m/s 14
Tidak Berharga Dan Tidak Bernilai – m/s 16
Empat Jari – m/s 17
Menjual Sumur Bukan Air – m/s 41
Burung-Burung Mahal – m/s 52
Abu Nawas Dan Guru Sekolah – m/s 59
Bulan Atau Matahari – m/s 60
Anak Ajaib – m/s 66
Baca Fikiranku Dan Pergilah – m/s 71
Tangga Dan Gelang – m/s 72
Menangkap Penipu – m/s 73
Kaca Atau Gambar – m/s 131
Makan Seperti Keldai – m/s 188

Antara kisah menarik yang boleh dikongsi bersama.

RESEPI – m/s 132
Suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar membeli sepotong daging. Dalam perjalanan dia bertemu dengan seorang kawan yang memberinya resepi khusus untuk membuat daging menjadi lebih sedap. Abu Nawas sangat gembira menerima resepi itu.
Tetapi sebelum dia sampai ke rumah, sekumpulan perompak telah mengambil dagingnya.
“Dasar pencuri! Engkau telah mencuri dagingku! Tetapi engkau tidak dapat menikmatinya kerana resepinya masih bersamaku!”


ABU NAWAS MENJATUHKAN KEPINGAN WANG EMAS – m/s 157
Suatu hari Abu Nawas keluar dari balairung setelah menghadap Khalifah. Ketika dia keluar, sekeping wang emas terjatuh dari sakunya.
Kerana wang itu adalah harta terakhir yang dia milikki, tentu Abu Nawas berusaha mencarinya. Para pembesar istana hairan melihat kelakuan ganjil Abu Nawas.
“Lihatlah betapa miskinnya dia, Yang Mulia!” kata Murad, salah seorang pegawai istana yang sangat membenci dan selalu berusaha memburukkan Abu Nawas di hadapan Khalifah. “Engkau telah memberikan hadiah seribu dinar dan sekarang Abu Nawas yang kedekut ini tidak akan membiarkan wangnya hilang, walaupun hanya satu keping!” kata Murad berusaha menghasut Khalifah.
“Bukan nilai wangnya yang aku cari, Yang Mulia,” kata Abu Nawas membela diri. “Di salah satu sisi keping wang itu terdapat gambarmu dan aku tidak mahu orang-orang memijaknya.”
Khalifah merasa tersanjung dan mengambil berlian untuk diberikan kepada Abu Nawas.


karmila : Moga bahan bacaan ini mampu merehatkan minda anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan