Jumaat, 6 Disember 2013
DUA SUNNAH NABI YANG SERING DITINGGALKAN
Saya berkesempatan mendengar kuliah ini di radio Perak FM 95.6, sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Kuliah ini disampaikan oleh AF Ustaz Muhadir Hj Joll, salah seorang daripada penceramah favourite saya. Saya cukup suka mendengar bicara ustaz ini. Suka dengar loghatnya, kadang ada bunyi Indon, kadang keluar loghat Kedah, kadang macam bahasa baku. Bahasa Arab memamg power. Laras bahasanya mudah difahami. Beliau seorang pensyarah di UIAM dan berasal dari Sarawak.
Isi ceramah beliau berkisar tentang tajuk Hijrah Rasulullah. Apa yang menarik di hujung ceramah ada diselitkan tentang 2 sunnah Nabi yang seringkali kita alpa untuk mengamalkannya sedangkan mudah saja untuk diamalkan sebab memang kita solat setiap hari. Jom kita amalkan paling kurang 2 sunnah ini.
Oleh : USTAZ MUHADIR HJ JOLL
2 SUNNAH NABI YANG SERING DITINGGALKAN
Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, sering mengingatkan agar para imam terutamanya, tidak meninggalkan 2 Sunnah Nabi صلى اللـه عليه وآلـه وسلم ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib.
2 amalan yang dimaksudkan, iaitu:
(1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:
Fadhilat:
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah صلى اللـه عليه وآلـه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata, sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa),diangkatkan baginya 10 darjat kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah."
(2) Membaca sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :
Fadhilat:
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi صلى اللـه عليه وآلـه وسلم bersabda: “Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirniminan nar”, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirni min nar”, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."
karmila : Apa tanda kita cinta kepada Rasulullah صلى اللـه عليه وآلـه وسلم : Mari kita perbanyakkan Selawat, amalkan Sunnah Baginda & Ikuti ajaran Rasulullah صلى اللـه عليه وآلـه وسلم
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan