Isnin, 13 Mac 2017

TRIP TO BEIJING 2017 (3)


KLIA ✈ transit HONG KONG ✈ BEIJING
KLIA ke Hong Kong ~ 4 jam
Transit ~ 2 jam
Hong Kong ke Beijing ~ 3 jam
Suhu waktu siang sejuk berangin 12°C. Waktu malam lagi sejuk boleh mencapai kurang 10°C. Cuaca di penghujung musim sejuk dalam peralihan musim bunga.

Waktu di Hong Kong & Beijing sama seperti di Malaysia.
Waktu solat awal macam kat Sabah Sarawak.. Subuh 5.14, Syuruk 6.44, Zohor 12.26, Asar 3.38, Maghrib 6.08, Isyak 7.34 berdasarkan sumber internet.
Cuma agak keliru dengan waktu solat yang tertera di masjid sebab masa solat subuh, zohor & asar dilewatkan hampir sejam. Mungkin sebab waktu awal subuh sangat sejuk dan berangin jadi dilewatkan solat. Untuk solat zohor & asar dilewatkan mungkin untuk bagi peluang mereka yang bekerja dapat solat di masjid.

Masa transit di Hong Kong sempat solat jamak qasar zohor-asar di airport. Kat gate 42 ada satu bilik dipanggil Prayer Room - satu kemudahan yang dibuka setiap hari 24 jam utk orang ramai yg berbeza agama & warganegara. Maksudnya, agama lain boleh juga guna bilik tersebut untuk sembahyang & meditasi. Di Hong Kong ada organisasi yg bergelar Hong Kong Six Religious Leaders Colloqium yg disokong oleh agama Buddists, Catholics, Confucious, Muslims, Protestants & Taoists yang promote religious harmony & dialogue.

Bergambar di depan Dewan Solat Utama Masjid Niujie
Di Beijing, kami berkesempatan solat di Niujie Mosque - masjid yg tertua & terbesar di Beijing. Dibina pada tahun 996 masehi, berkeluasan 10,000 kaki persegi dengan senibina klasik Arab & sentuhan Chinese royal palace. Ruang solat perempuan terletak di bangunan yang berasingan agak jauh dari ruang solat utama.
Masjid Niujie : Ruang Solat Lelaki
Bergambar di depan Dewan Solat Wanita
Masjid Niujie : Ruang Solat Wanita

Usrah ahli jemaah Masjid Niujie



















Satu lagi masjid yg dikunjungi ialah Nan Dou Ya Mosque yg agak kecil keluasannya. Ada satu lagi masjid tak ingat nama :) Selain itu, ada juga singgah solat di surau restoran muslim tempatan yang berdekatan dengan Tembok Besar Cina.

Masjid Nan Dou Ya
Satu lagi masjid yang disinggahi

Chinese muslim di sana walaupun bermasalah untuk berkomunikasi dalam english, tapi mereka tetap murah dengan senyuman dan suka bagi salam jika berjumpa dengan muslim negara lain. Muka chinese muslim nampak bersih & lembut iaitu agak berbeza dengan penduduk beijing yang non-muslim.

Kerusi untuk solat. Ada tempat untuk sujud.














Sebenarnya, semua toilet di airport Hong Kong & Beijing tidak mempunyai paip air.. yang ada tisu paper. Kalau ke toilet, kami akan bawa siap2 botol kosong untuk membersih apa yg patut. Di toilet, cleaner sentiasa ada menjaga kebersihan toilet.. so, bila kita bagi basahkan lantai.. dia pun tak habis2 chot chet chot chet.. marah dalam bahasa dia. Kami buat muka sardin je la.

Jadi, bila pergi ke toilet surau & masjid, ada semua paip air @ disediakan cebok & timba.. punyalah rasa seronok.. nikmat air tu dirasai. Kebersihan terjaga & rasa selesa utk beribadat.

#triptobeijing2017
#25feb-3mac2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan