Sebaik tiba di Beijing, kami dibawa ke Wangasi Muslim Restaurant untuk makan malam |
Kali ni kita cerita bab makan pulak.
Mula-mula sekali nak kabor, teman memang tak reti nak selfie dengan makanan.. so, ini je la yang dapat hasil tangkapan. Sebab bila dah terhidang panas-panas tu apa lagi.. Bismillah..
Moslem Meal |
Menu masa di Beijing memang best. Mula ingatkan makan mee & sup je.. tapi kat sana tiap-tiap hari waktu lunch & dinner di bawa ke restoran chinese muslim dan makan nasi + 9 jenis lauk. Selera betul!
Lauk pauk hampir semua adalah ayam, daging, telur dadar, tofu & sayur goreng. Hanya sekali je dapat makan ikan. Sebabnya, dikatakan ikan terhad hanya boleh dibeli di wet market & tidak dijual di mana-mana supermarket. Saya ada terbaca dalam satu artikel, hujung tahun lepas telah berlaku pencemaran sungai di wilayah china menyebabkan keracunan pada ikan termasuk makanan laut yg lain. Ketika ini, kerajaan china memantau penjualan ikan dan hanya boleh dibeli di wet market sahaja.
Masakan yg dihidangkan seperti menu restoran ala-ala tomyam. Ada rasa macam masakan paprik, sweet sour, ladna..dll cuma takde kuah tomyam. Masakannya sedikit berminyak & banyak penggunaan sos tiram, minyak bijan & tepung jagung.
Restoran chinese muslim senang dikenali kerana di luar kedai tertera perkataan HALAL & kalimah LA ILAHA ILLALLAH dalam arabic.
Ada satu perkara yg turut dikongsi oleh chinese tourist guide iaitu fast food restaurant seperti KFC, Pizza Hut & McD tidak dijamin halal di Beijing. Katanya chinese muslim di sana tak pernah makan di situ. Tetapi, bila ada chinese muslim yg melancong ke Malaysia, mereka cukup seronok sebab dapat merasa makan KFC, Pizza Hut & McD.
#triptobeijing2017
#25feb-3mac2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan