Isnin, 30 Januari 2017

AL-QURAN SEBAGAI KEKUATAN DIRI & PELINDUNG KEPADA KITA


Slot Mau’izzati @ Radio IKIM bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani Frekuensi 102.7fm Ipoh Perak. Slot Mau’izzati bersiaran setiap khamis jam 5.15 petang. Mendengar saja suara Ustaz Ahmad Dusuki sudah mampu memberi getaran keinsafan dalam jiwa. Benarlah tazkirah yang berupaya menundukkan hati adalah tazkirah mengingati mati & peristiwa hari akhirat. Bacalah Al-Quran – jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran. Jangan tak baca Al-Quran. Kalau tidak, kamu akan menyesal masa di dalam kubur. Al-Quran akan menjadi pelindung kepada kamu.

Jika kalian bangun pada satu malam – kalian baca Al-Quran kuat sikit – kerana suara itu dapat menghalau syaitan & jin yang fasik yang menganggu kamu.
Baca kuat, menyebabkan jiwa kuat, perasaan jadi kuat.
Malaikat dan penduduk di langit mendengar bacaan dan solat bersama.
Malam berlalu, di saat orang yang membaca Al-Quran tertidur ketika membaca Al-Quran, maka Al-Quran tengok dan berkata kamu ini seorang yang lemah lembut dengan Al-Quran.
Bila tiba di saat kematiannya, Al-Quran akan datang berdiri di sisi kepala, hujung kepalanya, melihat di saat orang memandikan jenazah kita.
Selesai mandi, Al-Quran masuk antara dada dan kain kafan.
Jika telah masuk ke dalam kubur, bila datang Malaikat Munkar Nakir, Al-Quran keluar dan berada di antara Malaikat Munkar Nakir dan mayat.
Al-Quran menjadi peguam bela pada mayat itu.
Kedua-dua malaikat akan berkata, "Al-Quran pergi jauh-jauh, kami nak soal hamba Allah ini."
Al-Quran berkata, “Demi Allah, aku tidak akan melepaskan diri aku darinya sehinggalah dia dimasukkan ke syurga Allah. Jika kalian diperintahkan sesuatu, itu hak kamu, tetapi aku akan menjawab bagi pihaknya."
Al-Quran lihat mayat, Al-Quran bertanya, "Kamu kenal ke aku?" Mayat kata, "tak kenal". Al-Quran kata, "aku adalah Quran, yang kamu baca tatkala hidupmu, kamu baca aku sehingga mengalir airmatamu, kamu baca sehingga tekakmu merasa dahaga. Kamu menjadikan aku teman, teman yang jujur. Ketahuilah, kamu tidak akan bertemu dengan kesulitan dan kesedihan." 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan