
Salam Ramadhan Kareem...
Hari ini teman nak berkongsi pandangan mengenai bab pemanduan di jalan raya. Teman bukanlah pakar dalam bab ni, tetapi memandangkan pengalaman memandu sudah hampir menjangkau 12 tahun, rasa-rasanya bolehlah nak berkongsi sedikit pengalaman yang ada. Dan sepanjang itu juga teman belum pernah kena saman trafik (selamat duit aku), yang ada saman parking DBI banyak le.. Agaknya tentu ada tak percaya ingat teman mereka cerita. Yalah, setakat hari ni tak ada le lagi, tapi tak tau le lepas ni kena pulak... Pada teman, kalau kita memandu mengikut peraturan jalan raya confirm kita tak akan kena saman. Yang bagusnya, duit tak payah berabis bayar saman, hidup pun aman. Dah le hutang lain tak abis bayar – takkan nak buat hutang baru kot.. (hutang saman daa..). Ada yang dapat bonus awal tahun, alih-alih hujung tahun keluar duit bayar saman. Saman trafik sekarang tak main 10, 20 ringgit, la ni semua beratus. Tak percaya? moh teman list kan, lepas ni sapa yang masih ’tak makan saman’ tak tau le lagi..
Kadar saman untuk kereta (sehingga 2009)
1. Tidak mematuhi lampu isyarat – RM 300
2. Kemalangan – RM 300 (tidak melibatkan kematian)
3. Guna handset ketika memandu – RM 300
4. Potong double line – RM 300
5. Berhenti di petak kuning – RM 300
(5 saman di atas tidak akan diberi diskaun!!)
6. Lebih had laju – RM 300
7. Tidak pakai tali pinggang keledar – RM 80
8. Lain-lain kesalahan bawah seksyen 170A – RM 70 (antaranya seperti lampu brek ketiga tak berfungsi, lesen memandu/road tax dah expired dll.)
9. Memandu perlahan di sebelah kanan jalan – RM 300
Ha... cuba tengok, takde yang bawah 50 ringgit. Kalau dok asyik buat kesalahan aje, campur-campur selama setahun dah boleh sama macam gaji sebulan 4 angka. Itu yang teman bagi tau tu, jangan bagi kena saman, boleh gak duit tu guna belanja anak isteri, paling tidak pun guna melabur dalam unit amanah, dapat gak pulangan setahun.
Sekarang ni heboh satu malaya, semua pakat tak setuju dalam bab saman ekor ni...namanya pun saman ekor...tak nampak badan..tup, tup, keluar ekor je.. entah bila kena saman, tup,tup datang surat suruh check saman, sama ada di balai polis trafik atau di internet.. bila check, ha..tu dia..berderet saman keluar, sampai ada yang dah bertahun...kita pun dah lupa..bila masa le aku lalu jalan ni.. Kalau tengok nilai saman..fuh..ada maksimum 300 ringgit, 200 ringgit, aduh... punye le tinggi..rasanye kadar tu kena kaji balik tu..
Pengalaman teman masa dalam perjalanan ke KL tumpang Triton kawan. Kawan teman tak perasan terbawa lebih 110 di highway..kalo kereta lebih 2000cc, mana perasan beb..lain le bawa viva, memang dah rasa melambung dah..
Kemudian kami nampak road block, semua kenderaan pun satu-satu kena queue, bila sampai giliran kami, polis tu suruh pergi ke tepi.. kawan teman pun kata memang confirm kena la ni.. dia ada perasan tadi ternampak polis tengah ’teropong’. Kemudian, polis minta lesen dan memaklumkan yang kami telah bawa laju 123km/jam. Polis tu kata tunggu surat saman. La..itu saja, kami ingat terus bagi surat saman dan minta kami tandatangan ke, apa pun tak..
Itu masa ada operasi, boleh tahu pada masa tu gak kita pandu melebihi had laju.. kalau takde operasi, kita pun tak tau bila le kita kena ’teropong’ tu.. Pada teman yang agak kelakar tu, bila tengok polis yang ’teropong’ tu.. ada yang menyorok dalam khemah, belakang pokok, belakang tiang flyover, atas bukit...hai macam-macam cara le nak meneropong..
Teman memang sokong 100%, setiap pemandu mesti mematuhi had laju yang telah ditetapkan untuk keselamatan bersama. Tetapi kaedah pemantauan tu mesti sesuai mengikut professional polis itu sendiri.. Biar masa pemandu itu melakukan kesalahan, polis tahan dan terus mengeluarkan surat saman, jelas tertulis kesalahan di bawah seksyen mana dan pemandu tersebut menandatangani surat saman tersebut. Bab cerita tak cukup kakitangan tu bukan alasan yang kukuh, sebab pada teman kalau operasi hanya ditumpukan pada hari-hari perayaan, awal atau hujung tahun, memang le semua tenaga kerja dikerah.. tapi kalau operasi dilakukan secara berkala, sudah tentu pengagihan tenaga kerja itu lebih efisien..
Bab senarai hitam pemandu yang ada rekod saman tertunggak dengan menghalang mereka daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, teman pun tak setuju.. Adalah tidak adil kerana kesalahan had laju melibatkan PDRM sedangkan mendapatkan lesen dan cukai jalan untuk kenderaan adalah di bawah bidang kuasa JPJ, lain lah kalau ia melibatkan kematian ataupun ubahsuai kenderaan berlebihan maka tindakan senarai hitam itu dipersetujui.
Akhir bicara dari teman, mari kita lihat gelagat pemandu (atau gelagat kita sendiri ??) di jalan raya...
1. Degung degang degung degang...hish bunyi apa tu, la... kuatnya pasang radio, tak bingit ke telinga...
2. Dah le bawak laju, enjin mengalahkan motobot...
3. Had laju 60 km/jam, bawak punya le slow 40 km/jam...
4. Dah le bawak slow, selambanya dia, siap menyandar, juntai tangan, merokok lagi...
5. Bawak kereta punye le dekat, macam nak menyondol-nyondol...
6. Tak menyempat-nyempat nak memotong, siap bagi lampu lagi...
7. Punya tak menyempat-nyempat nak memotong, siap nak menyondol, alih-alih berhenti depan kita kat traffic light...
8. Nak belok tapi tak bagi signal, nasib baik sempat mengelak...
9. Tak menyempat-nyempat nak jalan lepas lampu hijau, siap hon-hon lagi...
10. Dah dekat masuk simpang baru bagi signal, apa lagi brek mengejut le...
Kadang-kadang ade juga terjadi begini...
1. Ala...slow nya, tak boleh potong pulak tu...(ini mesti dok belakang backhoe ni)
2. Aduh...nape tak jalan ni, lampu dah hijau...la...mati enjin ke... (depan dia mesti lesen L ni)
3. Apa la..nak masuk lane orang, tapi tak bagi signal...
4. Hish... kedekut betul nak bagi jalan, aku dah bagi signal, bagi le masuk...
5. Amboi... mamat ni takde signal apa, tahu-tahu nak menyelit aje...
6. Eee... berani betul mamat tu, dah le bawak motor laju, menyelit-nyelit pulak tu...
7. Hah... road block, pakai tali pinggang cepat...
8. Alamak... polis, kantoi le, yg pakai handset sapa suruh...
Selamat Memandu... Kalau tak ingat diri sendiri, ingat le orang yang tersayang...
Insya Allah, jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan