Memaparkan catatan dengan label CATATAN LENSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN LENSA. Papar semua catatan

Sabtu, 25 April 2015

LENSA (6)



Martabat ukhuwah ada tiga :
Yang paling rendah : Salamatul Sodri; berlapang dada terhadap saudaranya.
Yang kedua : Al-Musawwah; merasai apa yang dirasai oleh saudaranya.
Yang paling tinggi : Al-Ithar; mengutamakan kepentingan saudaranya lebih dari diri sendiri.

Memetik kata – kata As-syahid Imam Hasan Al-Banna,
"Ukhuwah ialah hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhuwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)."

karmila : "Uhibbukum fillah wa lillah"

Ahad, 26 Januari 2014

LENSA (5)



"SAHABAT"... Sepuluh, seratus, malah seribu orang kawan mungkin belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat.
Begitulah ibarat, tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di dasar lautan. Ia amat berharga tetapi sukar untuk dimilikki.
Sahabat yang baik ialah insan yang tahu tentang kelemahan kita tapi hanya akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain.
Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat, sahabat itulah menjadi musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.

Ahad, 29 September 2013

LENSA (4)


"Jalan ini merupakan satu jalan yang terlalu panjang dan sukar.
Jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya.
Jalan ini tidak sanggup dilalui oleh mereka yg mementingkan kerehatan dan tuntutan hawa nafsu.
Tidak sanggup dilalui oleh mereka yg tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta benda dan wang ringgit.
Jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yg berkeras dan bertegang dgn pendapatnya sendiri dan tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak mahu tunduk dan beriltizam dengan pendapat dan keputusan jamaah.
Jalan ini adalah jalan pembersihan dan mengajar mengekang diri, jalan rahmat dan kemuliaan, jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan, jalan kebebasan dan ketinggian serta jalan jujur dan ikhlas.
Sesungguhnya, jalan ini hanya bagi mereka yg tabah dan tetap pendirian, iaitu jalan bagi orang-orang mukmin yang sentiasa bergantung dan meletakkan pengharapan hanya kepada Allah Yang Maha Esa." ~ Fathi Yakan ~

karmila : Moga Allah tetapkan aku pada jalan ini.

Rabu, 3 November 2010

LENSA (1)

Photo by Bora

Photo by SSH Photo

Photo by MattGerlach Photography

Photo by digitalmukmin.com

********************************************************
CERMIN DIRI

Antara realiti dan fantasi
Antara kecantikan dan kejelekan
Antara kecerdikan dan kebodohan
Antara kekuatan dan kelemahan
Antara keadilan dan kezaliman
Antara kebenaran dan kepalsuan
Antara ketaatan dan kemaksiatan
Antara keimanan dan kesesatan

Aahh…
Mana mungkin kita sebaik Nabi
Mana mungkin kita sempurna diri

Tapi ingat…
Kita telah diajar mana dosa mana pahala
Kita telah dikhabarkan tentang syurga dan neraka

Kenapa kita tak gunakan akal yang diberi
Untuk merenungi kebesaran Ilahi
Untuk menginsafi kekerdilan diri
Untuk memandu nafsu ke arah yang diredhai

Tatkala itulah sinar hidayah pasti menjelma
Cahaya iman terpahat di jiwa.....

”Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkan juga akhlakku …”