Memaparkan catatan dengan label RELAKS JAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RELAKS JAP. Papar semua catatan

Khamis, 15 Februari 2018

MALAYSIA, TRULY ASIA..



Panduan perjalanan untuk mereka yang tidak mampu terbang tetapi ingin melawat negara lain dalam sehari ...

Ambil LRT atau Monorail dan turun ke Stesen Masjid Jamek. Anda akan mendapati diri anda di Pakistan. Ia seperti bazar Pakistan yang besar.

Berjalan perlahan ke Leboh Ampang dan anda akan mendapati diri anda di India. Makan tengahari makan tengahari India yang tulen di sana.

Teruskan ke
Jalan Silang.
Anda akan memasuki Nepal, Myanmar dan Vietnam pada satu masa. Tiada sempadan negara di sini. Kesemua mereka bercampur di satu tempat.

Segera menaiki bas atau monorel ke
Jalan Bukit Bintang. Aloha! Anda memasuki Afrika, Arab, China dan Uzbekistan serta-merta. Ia adalah syurga makanan. Makan tengah hari di sini. Selepas itu, dapatkan kaki, badan atau apa sahaja yang anda mahu mengurut. Banyak pakej promosi dan segala-galanya dan apa saja boleh diurutkan di sini.

Kemudian angkat bas ke
Jalan Chow Kit. Anda kini memasuki Indonesia. Terdapat Jawa Timur, Jawa Barat, Madura, Bali dan praktikal semua bahagian Indonesia meleleh menjadi satu. U tidak akan mendapati ini walaupun anda pergi ke Indonesia sendiri.

Jangan lupa singgah di
pasar borong Selayang kitapun dah sampai ke Myanmar.. penginapan tak ada masalah..banyak hotel bajet.. .COOL HOTEL baru saja beroperasi dan di depan hotel macam macam ada...pasar Myanmar..kedai makan..pakaian.. kedai nombor ràmalan Magnum..Toto..kuda boleh cuba nasib..

Pelancongan Malaysia harus mempromosikan negara kita sebagai "Mengunjungi Malaysia seperti Mengunjungi Seantero Dunia".

CnP  ☺

Ahad, 20 Mei 2012

LATE FOR WORK - TOP TEN FAKE EXCUSES


Late for work and need a tried and trusted excuse? Try one of these unusual excuses, revealed in survey by CareerBuilder.com

1. I dreamt that I had been fired, so I didn't bother to get out of bed.

2. I had to take my cat to the dentist.

3. I got all the way to the office and realised I was still in my pyjamas and had to go home to change.

4. I saw that you weren't in the office, so I went out looking for you.

5. I couldn't find the right tie, so I had to wait for the shops to open to buy one.

6. My son tried to flush our ferret down the toilet and I needed to tend to it.

7. I ran over a goat.

8. I stopped for a muffin, the shop was robbed and the police required everyone to stay for questioning.

9. A bee flew in my car and attacked me and I had to pull over.

10. I wet my pants and went home to change.

One in five employees admits to making up fake excuses. But if they think they're putting one over on the boss, they're probably right – only 35 per cent of employers say they don't believe the excuses.

karmila : Sorry boss. I'm late. Surprising, all my clocks not working at the same time. I only realized when it was already shining outside.

Ahad, 18 Mac 2012

SOALAN BIAR BETUL, BARU SELESAI MASALAH



Sewaktu Rusia dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk menguasai angkasa. Kumpulan saintis Amerika Syarikat menghadapi satu masalah iaitu bagaimana untuk menulis di angkasa kerana tiada graviti.

Maka salah seorang dari mereka pun bertanya “Bagaimana kita nak menulis di angkasa, pen tidak boleh digunakan, kerana pen hanya berfungsi jika ada graviti. Jika tiada graviti, dakwat tidak dapat turun ke bawah ?” Maka semua saintis lain mengangguk tanda setuju.

Mereka pun berfikir bagaimana untuk mencipta sebatang pen yang boleh berfungsi di angkasa tanpa graviti. Maka kerajaan Amerika Syarikat pun meluluskan jutaan dollar untuk mereka mencipta pen yang boleh menulis di angkasa.

Maka setelah membuat kajian yang mendalam akhirnya saintis ini berjaya mencipta sebuah pen yang dipanggil “Astronaut Pen” yang mampu menulis di angkasa. Mereka semua bersorak gembira tanda kejayaan.

Kemudian salah seorang daripada mereka bertanya. “Kita berjaya mencipta pen yang sangat canggih ini, tetapi bagaimana angkasawan Rusia menulis di angkasa ?” Semua saintis menjadi bingung….

Untuk mendapat jawapan sebenar, saintis ini pun menelefon rakan mereka di Rusia dan bertanya. “Kami sudah berjaya mencipta “Astronaut Pen” yang boleh menulis di angkasa tanpa bantuan daya graviti, tetapi kami hairan bagaimana angkasawan Rusia menulis di angkasa ?”

Saintis Rusia menjawab dengan tenang. “Kami menggunakan pensel”…


Moral cerita : Soalan yang patut ditanya oleh angkasawan Amerika bukanlah “Bagaimana menggunakan pen di angkasa?”
Mereka sepatutnya bertanya “Bagaimana MENULIS di angkasa?”


karmila : betul...betul...betul!!

Isnin, 14 November 2011

3 PERMINTAAN YANG DIMAKBULKAN



Pada suatu hari, Ali, seorang petani muda sedang mencangkul tanah. Tidak semena-menanya dia terjumpa sebuah teko yang lama.

Maka Ali teringat akan kisah teko ajaib yang dibacanya sewaktu dia masih di sekolah.

Maka Ali pun mengosok teko tersebut dengan harapan ada Jin yang akan keluar.

Ali terkejut apabila memang terdapat satu lembaga besar muncul dari muncung teko tersebut. Jin itu pun mula berkomunikasi dengan Ali.

Jin : Tuan, terima kasih kerana melepaskan saya dari kurungan teko ini selama beribu tahun. Sebagai balasan, saya akan memenuhi 3 permintaan tuan.

Ali : yeah… terima kasihhhhhhhhhhh…….. Saya memang dah lama menanti peluang ini. Lihatlah aku ini, dah la miskin, hina pula. Aku akan guna peluang ini untuk mengubah diriku ini.

Jin : Baik tuan, apa 3 permintaan tuan ?

Ali : Aku ingin jadi bijak….

Jin : kababooommmm…. Tuan, saya lihat tuan memang sudah mempunyai potensi ini dalam diri tuan.

Ali : errrr.. ye ke. Ok. Permintaan kedua… Aku ingin jadi orang yang hebat.

Jin : kababooommmm…. Tuan, saya lihat tuan memang sudah mempunyai potensi ini dalam diri tuan.

Ali : errrr.. ye ke. Ok. Permintaan ketiga, Aku ingin jadi orang kaya.

Jin : kababooommmm…. Tuan, saya lihat tuan memang sudah mempunyai potensi ini dalam otak tuan.

Jin itu terus menghilangkan diri buat selama-lamanya….

Ali termenung memikirkan jawapan yang diberi oleh Jin………

Moral cerita : Ya, setiap manusia dikurniakan Allah segala kelebihan dan kelengkapan yang cukup dalam diri untuk menjadi orang yang bijak, hebat dan kaya. Namun hanya kita yang belum menyedari potensi yang ada dalam diri kita sendiri.

karmila : gali jangan tak gali...mana tau ada permata yang bersinar di sebaliknya.

Isnin, 6 Disember 2010

ILUSI MATA KURNIAAN ILAHI



Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 saat sambil berselawat. Kemudian, alihkan pandangan pada dinding kosong atau pada sebarang permukaan putih...
Lihatlah keajaibannya...


karmila : SUBHANALLAH... rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Selasa, 27 Julai 2010

THE DIFFERENT MOODS

DAYS IN OUR LIFE...


ON TUESDAY...


WEDNESDAY...


THURSDAY...


FRIDAY...


YA YA YA...


IT'S SATURDAY !!!


YEEAAAAHHH...


WAIT...THERE IS MORE


SUNDAY MORNING...


....EVENING


OH NOOO...IT'S MONDAY


OH MY...THIS DAY IS LIKE FOREVER


N’ LIFE GOES ON...

WELL, YOU GETTING UP AGAIN AND AGAIN...
SO REMEMBER TO THANKS ALLAH FOR HIS GRACE...


karmila : Have a nice weekdays & weekend...

Isnin, 8 Februari 2010

HOW SMART IS YOUR RIGHT FOOT?



Mesti cuba...! Setelah mencubanya anda pasti akan cuba dan cuba lagi untuk menangani kebijaksanaan kaki kanan anda.

1. Tanpa membenarkan sesiapa melihat anda (nanti orang pikir ‘something wrong’), sementara anda sedang duduk di atas kerusi mengadap komputer anda, .. Angkat kaki kanan dari lantai dan buat putaran mengikut arah jam... Cuba buat putaran tu...

2. Sekarang, sambil anda buat putaran tadi, cuba buat nombor '6' di udara menggunakan jari tangan kanan anda. Secara automatik, putaran kaki kanan anda tadi akan berubah arah....
Nape... tak percaya?

3. Anda boleh cuba kaki kiri dengan tangan kiri pulak, percaya atau tidak, perkara yang sama berlaku seperti tadi.

karmila : Ha... kan... dah cakap... ianya memang secara automatik diprogramkan oleh otak kita. Anda boleh cuba banyak kali sehingga berjaya (he... kalau boleh le...) tapi jangan sampai mengamuk ye...

Rabu, 30 Disember 2009

MARI MENYANYI HIBURKAN HATI


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa.....berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.

Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu. Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yg hairannya.......beliau melihat pesakit itu..menyanyi dalam keadaan terlentang.......tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi..

Doktor itu terus bertanya "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula.."

Lalu pesakit itu menjawab "OOooo, tadi Side A..ini Side B pulak."

karmila : Itu baru penangan kaset, kalo pesakit tu tau la ni dah ada cd, mp3 dan iPod, alamat tak berhenti menyanyi le dia...