Isnin, 10 Januari 2011

MAKAN DAN SELERA



Teman baru saja menikmati makan tengahari pada jam 3.15 petang tadi. Emm.. agak lewatkan, orang lain dah nak tea time, teman baru nak ambik lunch. Sebenornye teman nak membereskan urusan membayar hutang berjadual, itu sebabnya teman menganjakkan waktu makan tengahari agak lewat dari biasa. Rahsia teman boleh bertahan perut – teman makan breakfast lewat sekitar pukul 10 lebih. Perut teman ni sebenornye tak berapa nak terima kalau ambik breakfast awal-awal pagi.
‘I feel like got butterfly in my stomach’ (hihihi... – dah lari dari maksud yang asal tue..)

Masa teman lunch pukul 3 lebih tu memang dalam kategori lapar gile dah. Kalau teman tunggu seminit dua lagi, confirm masuk angin satu badan. Bila dah lapar sangat, menikmati sepinggan nasi bersama lauk-pauk ditambah dengan air limau… fuhh… betapa lazatnya rasa ketika itu. Setiap inci pinggan tu dipastikan takde bersisa, takde berbaki. Sapa-sapa yang lalu kat belakang ke, kiri kanan ke, dah tak kisah dah. Ketika itulah benar-benar berasa nikmat atas rezeki yang Allah kurniakan.

Memang benarlah apa yang disarankan dalam hadis berikut :
“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud)
Makan ketika benar-benar lapar menjadikan kita lebih menghargai makanan yang ada di depan mata dan tahu mensyukuri nikmat yang diberi. Juga menginsafkan kita bila mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik yang sentiasa berlapar kerana ketiadaan makanan.

Bila kita tak berapa lapar, tapi makan jugak, tu yang jadi istilah ‘lapar mata’ tu. Betul le tu, mata aje yang lapo, tapi perut idak. Itu yang jadi makanan tak abis, membazir yeop..

Teman pasti kita semua bersetuju dengan nasihat yang pertama dalam hadis di atas tetapi kekadang kita sering melanggar nasihat yang kedua… termasuk le teman, selalu terbabas...
Ada yang kata, “aku berhenti bila dah kenyang le.” Ada juga yang kata, “bila dah ade signal tu aku berhenti le.” (signal sedawa le tue). Tapi, ada juga yang sampai berkata, “selagi boleh masuk, aku makan le, dah mengah kang, aku berhenti le.” Iye le tu, dah tersandor, terbuntang, nafas dah nak semput baru teringat nak berhenti..
Teman teringat dulu-dulu masa dengor ceramah Ustaz Ismail Kamus. Lebih kurang katanya… “Orang kita ni selagi tak sedawa, selagi tu tak berhenti. Sedawa pertama, Alhamdulillah…, tapi tak berhenti lagi. Sedawa kali kedua, takpe boleh masuk lagi ni… Sedawa kali tiga, kalau tak berhenti gak…nak mampus??!”

**************************************

Sementara menunggu makanan ‘turun’, mata terpandang pinggan yang licin, fikiran terawang sebentar dengan peristiwa yang berlaku pada diri teman 2 minggu sebelum Hari Raya Haji tahun lepas. Teman diserang demam selama 1 minggu hingga tak larat bangun. Sepanjang tempoh tu juga teman takde selera nak makan. Kalau demam sebelum ini, jarang selama itu dan takde masalah dengan selera makan. Dulu, sakit-sakit pun tetap ada selera. Demam kali ni berbeza sungguh (sama ada teman tak kuat antibodi atau bakteria dah semakin kebal?!).

Dah le takde selera, tekak pun bengkak, bayangkan bagaimana le teman nak makan. Masa tu, letak le makanan sedap-sedap, takat boleh tengok je le. Tangan terasa malas nak mencedok lauk, mulut pulak dok mencebik, terlior jauh sekali le. Dalam tengah dok ralit tengok makanan yang tak berusik, tatkala itulah teman tersedar sesungguhnya ‘ada selera’ tu juga merupakan satu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Mungkin kita anggap perkara ni kecik, tapi bayangkan kalau Allah tak anugerahkan selera pada kita, rasa-rasa boleh tak kita makan. Nak suap kena pikir banyak kali, ialah makan memanglah boleh makan, persoalannya boleh ke kita nak menelan makanan tu kalau takde selera. Insaf teman bila memikiorkannye.

Sedar atau tidak, ada satu lagi perkara dalam bab makan/minum yang Allah tarik nikmatnya sedikit demi sedikit. Nak tau apa dia, haa… yang jenis kena pantang le, tak boleh makan/minum itu ini. Teman ingat lagi masa dulu, masa muda remaja (la ni dah jadi remaja terlajak), apa aje makan, no hal punya, kata orang tua tolak batu dan kayu je. Sekarang ni, silap makan sikit, angin le, pening le, tak tahan perut le. Itu belum lagi kira orang yang kena pantang disebabkan penyakit. Dapat lak penyakit 3 +1 serangkai (kencing manis, darah tinggi, buah pinggang + jantung), lagi le tak boleh sebarang makan, silap aje, semua bacaan naik. Tak haru tu…

Yang ni pulak khas untuk orang pompuan, tapi temporary je la iaitu yang kena berpantang selepas bersalin. Memang seksa jiwa teman cakap. Dapat pulak mak-mak yang jenis kuat tradisi tu alamat merasa le kome makan nasi dan ikan bakor je, sayur takde, buah takde, ayor lagi le dua tiga teguk je. Setiap masa dok perhati kalender menghitung hari, bila le nak merdeka ni...

Golongan yang satu ni pulak jenis yang dok tahan selera sebab nak jaga badan @ nak kurus. Pada teman tak salah nak jaga badan tapi jangan sampai kita menyiksa diri menahan makan sebab risaukan berat badan akan naik, mengeleber sana sini. (Ni mesti terpengaruh dengan iklan sliming body ni, ate namanye pompuan teman pun teringin jugak nak badan macam tu…). Tapi, teman no komen dengan produk pelangsingan badan yang banyak terhangat di pasaran, sebab kang silap cakap kena saman lak. Senang cakap ukur dulu rangka badan sendiri, baru tau boleh dapat badan yang slim ke tidak. Yang penting kita sendiri kena tau takat mana yang diperlukan oleh badan sendiri dan mengambil dengan kadar yang sederhana. Kena ambik jugak ikut pyramid makanan macam yang kita belajar masa kat sekolah dulu-dulu.

Lagi satu, jangan amalkan makan sambil minum (asal makan aje minum, asal minum aje makan..). Seeloknya sebelum makan tu kita minum terlebih dulu atau makan buah dulu (tujuannya untuk membasahkan tekak dan kita akan cepat rasa kenyang) then baru suap makanan. Lepas makan, jangan pulak terus minum, biar 5-10 minit dulu atau pegi le basuh tangan ke, basuh pinggan mangkuk ke, lap meja ke, kemudian baru minum. Gitu le sedikit petua yang teman boleh kongsikan. Walau apa pun bentuk badan kome, terimalah seadanya, yang penting sihat sejahtera, hidup gembira dan bertenaga.

Akhir bicara dari teman, bersyukurlah...ada orang nak belanja ais krim. Nikmatilah ais krim itu sebelum ia cair.

Insya Allah, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan