Isnin, 24 Mac 2014

ART OF DECEPTION ; AMERIKA, FREEMASON, ZIONIS : MEREKA MENIPU DUNIA


Nama Buku : Art Of Deception ; Amerika, Freemason, Zionis : Mereka Menipu Dunia
Penulis : Jerry D. Gray
Penerbit : PTS Islamika Sdn. Bhd. (Penterjemah : Yussamir Yusof)
Harga : RM 20.00
Genre : Pendedahan Konspirasi (310 mukasurat)



"Memang terasa 'berat' kepala tatkala membaca buku ini. Konspirasi kuasa besar dunia memang suatu yang complicated. Segala agenda dan tindakan organisasi pimpinan Iluminati dan Freemason yang digelar 'New World Order' memang tidak dapat diterima logik akal. Tiada berperikemanusiaan. Mereka inilah tangan-tangan jahat yang merosakkan aqidah umat Islam, mencetuskan peperangan hingga mengorbankan nyawa, menggunakan senjata biologi dan kimia untuk mengawal populasi penduduk, memanipulasi iklim dan bencana alam sebagai satu cara penguasaan wilayah, menyebabkan kemerosotan ekonomi dunia, menimbulkan kekacauan politik negara, mewujudkan konspirasi antarabangsa... semua ini dilakukan sebagai persiapan menyambut kedatangan Dajjal laknatullah!"

Latar Belakang Penulis
Jerry D Gray, lahir di Weisbaden Jerman pada 24 September 1960. Ketika berusia 3 tahun, beliau dan keluarga berpindah ke Amerika Syarikat. Jerry dibesarkan dan mendapat pendidikan di sana sehinggalah menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) pada tahun 1978.
Pada tahun 1982, Jerry bekerja di Arab Saudi sebagai seorang mekanik pesawat dan pengajar untuk New Saudi Mechanics. Pesawat yang ditanganinya ketika di Arab Saudi adalah pesawat peribadi Raja Fahd.
Beliau sangat terpesona mendengar laungan azan ketika bertugas di Arab Saudi, dan ketika itu dia tersedar telah banyak bangsanya memusnahkan dan menghancurkan negara yang tidak berdosa itu. Jerry kagum dengan bangsa Arab yang tekun mendirikan solat dan meninggalkan tugas lain kerana mahu menyembah Allah yang Maha Esa.
Pada tahun 1984 dia telah memeluk agama Islam, namun, Jerry tidak diterima oleh keluarganya kerana bertukar agama. Dia diusir oleh keluarga, rakan dan saudara tidak dapat menerima dirinya yang sudah menjadi orang muslim. Jerry berhijrah ke Indonesia pada tahun 1985 dan berkahwin dengan wanita Indonesia. Beliau yang dikenali sebagai Pak Jerry di sana, sangat fasih berbahasa Melayu Indonesia. Jerry sangat aktif berdakwah dan sering di dalam ceramahnya membongkar kejahatan Amerika dan sekutunya.

"Oleh sebab ini, saya mengubah kewarganegaraan saya menjadi warga Indonesia. Saya sangat malu menjadi warga Amerika. Saya tidak menyokong penyeksaan Amerika di seluruh dunia. Saya membenci kerajaan AS. Sudah 26 tahun saya tinggalkan Amerika dan saya lebih rela mati sekiranya perlu kembali ke negara yang dimurkai Tuhan!" ~ Jerry D. Gray

Sipnosis :
"Buku ini pasti membuka minda setiap pembaca. Penulisnya menghuraikan setiap peristiwa dengan bukti dan fakta. Kuasa besar dunia sentiasa mencari jalan melemahkan umat Islam. Amat rugi dan malang sekiranya kita umat Islam menganggap perkara ini remeh. Penipuan yang dilakukan oleh golongan ini cukup dahsyat dan tidak terjangkau melalui pemikiran biasa. Pada akhir zaman, semakin banyak kekejaman dan penindasan dilakukan ke atas umat Islam. Tujuan golongan ini hanya satu, iaitu melengkapkan misi mereka sementara menunggu tibanya Dajjal laknatullah. Buku hebat ini ditulis bagi membongkar segala penipuan mereka satu persatu. Sejarah membuktikan, agenda Yahudi ini sudah lama wujud. Kini, agenda tersebut seakan-akan didokong oleh polisi Barat yang berpihak kepada mereka. Tidak hairanlah pada hari ini mereka semakin berani menzahirkan pergerakan mereka melalui pelbagai cara dan wajah!" - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

PEMBONGKARAN PERISTIWA 911


Penipuan :
Empat kapal terbang yang 'dilaporkan' dirampas, melanggar bangunan WTC dan Pentagon :
Pertama; Kapal terbang American Airlines Penerbangan 11 (Boeing 767) merempuh menara utara WTC.
Kedua; Kapal terbang American Airlines Penerbangan 77 (Boeing 757) merempuh Pentagon.
Ketiga; Kapal terbang United Airlines Penerbangan 175 (Boeing 767) merempuh menara selatan WTC.
Keempat; Kapal terbang United Airlines Penerbangan 93 (Boeing 757) terhempas di Pensylvania.

Realiti :
Setengah jam selepas berlepas, 4 juruterbang kapal terbang itu dihubungi melalui radio dan mengatakan AS diserang oleh pengganas. Mereka diarahkan supaya mematikan transponder mereka dan menerbangkan kapal terbang mereka ke pengkalan tentera di bahagian utara Amerika Syarikat. Juruterbang ini mengikuti perintah dan memusingkan laluan mereka.

Pesawat tempur Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF E-10) ketika itu berlepas dari pangkalan tentera dan terbang dengan kawalan jauh. Ia kemudian terbang memintas laluan penerbangan kapal terbang Penerbangan 11 dan 175 yang sebenar. Pesawat tempur itu kemudian menuju ke menara WTC lalu menembak peluru berpandu ke arah bangunan yang disasarkan sebelum berlaku hentaman yang mengakibatkan semua bahan letupan yang tertanam meletup. Menara WTC utara dirempuh pada jam 8.45 pagi manakala menara selatan dirempuh pada jam 9.03 pagi.

Kapal terbang Penerbangan 77 bukan yang digunakan untuk merempuh Pentagon. Mana mungkin kapal terbang sebesar Boeing 757 boleh jatuh dari ketinggian 7000 kaki dalam masa 2 setengah minit kemudian boleh terbang rendah menuju ke bangunan Pentagon dengan tepat, tanpa melanggar tiang telefon, tiang lampu hatta tanpa merosakkan rumput di situ! Yang pasti, hanya peluru berpandu yang dilepaskan dari jet kecil mampu melalui tiang-tiang tersebut dan mampu menembusi tembok setebal 6 lapisan iaitu pada jam 9.35 pagi.

Empat pesawat Penerbangan Boeing yang sebenar mendarat di pangkalan tentera, tempat mereka diarahkan mendarat. Penumpang dan krew Penerbangan 77, 11 dan 175 kemudian ditukar ke kapal terbang United Airlines Penerbangan 93. Mereka berkumpul bersama penumpang dan krew yang memang sudah ada di dalam kapal terbang tersebut. Kini ada 232 orang di dalam kapal terbang. Ketika itu, bahan letupan mungkin sudah ditanam. Kemudian, Penerbangan 93 berlepas dari pangkalan tentera dengan menggunakan juruterbang automatik, ataupun juruterbang yang tidak menyedari apa yang akan berlaku pada dirinya. Kapal terbang ini menuju Washington dalam rancangan 'serangan pengganas' palsu. Pada jam 10.37 pagi, Penerbangan 93 meletup di udara. Ia berlaku akibat daripada bahan letupan yang sudah ditanam dalam pesawat ataupun peluru berpandu yang ditembak dari pesawat tempur jet F-16. Pesawat meletup ketika sedang berada di atas Pensylvania, hampir 2 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Newark. Kapal terbang itu tidak menjunam ke tanah seperti yang dilaporkan oleh kerajaan dan berita-berita. Anggota polis Pensylvania melaporkan, "Kepingan daripada kapal terbang ditemui sejauh 8 kilometer dari tempat kejadian, di kawasan perkampungan. Penduduk tempatan menceritakan, "Kepingan badan kapal terbang terbakar jatuh dari langit."

Sekitar jam 5 petang, bangunan WTC 7 runtuh kerana letupan jarak jauh. Sedangkan bangunan ini tidak pernah terkena kesan dari runtuhan menara utara selatan. Bangunan WTC 7 runtuh tanpa meninggalkan sebarang bongkahan batu yang besar. Bangunan hancur luluh menjadi debu.


MISTERI DOLAR AS

Serangan 911 tersembunyi dalam Dolar AS.
Bukan sekadar kebetulan, terdapat lakaran bangunan Pentagon, menara utara dan selatan serta maklumat rahsia lain ditemui di atas wang kertas 20 dolar AS.
Sekiranya kita melipat wang kertas 20 dolar AS dengan cara yang ditunjukkan, akan terpapar lakaran rempuhan WTC, nama Osama, nama penerbangan American dan United tertulis dengan jelas.


NEW WORLD ORDER (NWO)(PEMERINTAHAN DUNIA BARU)

Pemerintahan Dunia Baru (NWO) atau dalam bahasa Latin Novus Ordo Seclorum adalah sebuah organisasi yang sudah wujud selama beratus tahun. Misi mereka hanya ingin menyambut kedatangan Dajjal. NWO dipimpin oleh Iluminati dan dibantu oleh Freemason. Anggota organisasi ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin dari organisasi dunia misalnya PBB, Dewan Hubungan Luar Negeri (CFR), IMF, World Bank, WHO dan banyak lagi. Lambang Iluminati dan Freemason di dapati tertera pada kertas 1 dolar AS dan dokumen rasmi negara AS.








AHLI KAWALAN FIKIRAN

Media menjadi sebahagian daripada senjata Freemason bagi menguasai negara-negara dan daerah. Dinyatakan terdapat tujuh orang Yahudi Zionis Amerika yang menguasai jaringan televisyen AS, perniagaan, percetakan, industri filem, industri buku dan industri rakaman. Pesanan-pesanan yang tersembunyi yang dimanfaatkan dalam industri hiburan bagi mengawal dan membentuk cara berfikir manusia. Antara contoh yang
dinyatakan :
Mozart adalah Freemason dan dia membuat simfoni yang berdasarkan cerita-cerita sejarah kuno Mitologi Mesir dari Avysus dan Cyrus. Bahkan ada daripada sumber paganism yang berasal daripada Mata Satu.
Lagu-lagu yang terdapat pesanan bawah sedar antaranya seperti lagu dari kumpulan Queen - "Another one bites the Dust" (It's fun to smoke marijuana); The Eagles - "Hotel California" (Yeah Satan); Lagu "Popeye the Sailorman" dimainkan secara terbalik (Give me a fuck); Lagu "Twinkle Twinkle Little Star" dimainkan secara terbalik (Kita saja tiada Allah).
Matt Growning pencipta siri kartun yang terkenal "The Simpsons", membuat pengakuan sebagai seorang anarchist. The Simpsons mengajar kanak-kanak bersikap buruk dan menjadi pemberontak.
Filem "Independence Day" diselitkan pesanan yang menunjukkan kehadiran Freemason serta agenda-agenda Masonik. Filem "Star Trek" dan "United Federation of Planets" memukau penonton dengan pencerobohan makhluk luar angkasa ke bumi dan bersatu di bawah satu pimpinan kuasa.

LEDAKAN BOM URANIUM

Bandar Fallujah, 40km barat Baghdad adalah pertempuran sengit semasa Perang Iraq di akhir 2004. Marin AS menjalankan Operasi Fury Phantom bagi merebut kembali daripada pemberontak. AS mengakui mereka menggunakan Fosforus putih dalam peperangan itu dan keadaan itu telah menyebabkan sejumlah kanak-kanak dilahirkan cacat. Anak-anak Fallujah lahir dengan keadaan cacat pada anggota tubuh, kepala, jantung dan sistem saraf. Bahkan ada kes kanak-kanak lahir dengan tiga kepala.
AS menjatuhkan bom uranium rendah di Libya. 24 jam sebelum serangan ke atas Libya, berpuluh peluru berpandu ditembak oleh angkatan AS, Britain dan Perancis. Semua peluru mengandungi uranium. Uranium rendah meningkatkan masalah kesihatan jangka panjang seperti kerosakan ginjal, kanser, sakit kulit dan kerosakan genetik.

MEMBUAT BENCANA ALAM

Mencipta fenomena bencana alam adalah sesuatu yang mudah. Gempa bumi dapat dilakukan hanya dengan memainkan medan daya bumi. Di Anchorage, Alaska, terdapat senjata gelombang radio yang dapat mengubah kepantasan dan arah laluan jet sehingga mempengaruhi cuaca dunia.
Isu Pemanasan Global adalah antara krisis palsu yang diwujudkan supaya setiap negara akan memperuntukkan perbelanjaan terhadap kajian dan langkah-langkah menangani yang akhirnya organisasi NWO juga yang akan mengaut keuntungan.
Program HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program) tajaan AS digunakan bagi mengubah medan magnet bumi dalam rangka :
- Mengubah cuaca dunia, membuat atau meletuskan gempa bumi dan gunung berapi, menyebarkan virus, mencipta fenomena yang dikenali sebagai "Denyutan Elektromagnetik", mengubah dan mengawal perilaku masyarakat dan menjadikan sistem ekologi dan pertanian di seluruh dunia tidak stabil.

PROGRAM KAWALAN JUMLAH PENDUDUK

Kewujudan Vaksin :
Pertama; Semua ini sebahagian daripada rancangan "Pengawalan Jumlah Penduduk NWO.
Kedua; Industri farmasi AS dapat membuat jutaan dolar setiap tahun dengan menjual vaksin.
Ketiga; Industri farmasi membuat keuntungan jutaan dolar dengan menjual ubat-ubatan kesan daripada vaksin.

Antara Kandungan Vaksin :
- Dibuat daripada rangkaian virus dan bakteria yang berasal daripada haiwan.
- Merkuri berada pada tahap ke-2 dalam peringkat bahaya kepada manusia selepas plutonium. Sejumlah merkuri masih terdapat dalam vaksin selsema seluruh dunia.
- Formalin
- Formaldehida, Carsinogen
- Aluminium, racun yang dapat menyebabkan kerapuhan tulang, sumsum tulang dan otak.
- Sel-sel haiwan daipada monyet, ginjal anjing, ayam lembu dan manusia.
- Polisorbat 80, menyebabkan keguguran pada tikus betina.
- Gelatin babi dan lembu yang diketahui meneyebabkan reaksi anafilaksi. Ia ditemui dalam jumlah yang sangat besar dalam vaksin cacar air.
- MSG dalam vaksin selsema inhalasi.

Radiasi kanser - Dos tinggi digunakan untuk rawatan radioterapi kanser.

Jejak Kimia (Chemical Trails) - Jet akan terbang pada kedudukan rendah, menyemburkan awan tipis, putih dan lurus di belakangnya, tetapi asap itu tidak akan hilang dengan cepat bahkan dapat bertahan lama. Awan putih itu adalah sebenarnya Ethylene Bromida dan debu serat mikro sedang dilepaskan daripada pesawat bagi memudahkan kita terkena penyakit dan sukar untuk sihat semula.


Semoga Allah memberi keselamatan dan kerahmatan ke atas diri Pak Jerry dan keluarga serta dikurniakan pahala yang berpanjangan di atas segala maklumat berguna yang dikongsi bersama dalam penulisan beliau. Moga segala pembongkaran berkenaan agenda musuh-musuh Islam ini dapat menjadi peringatan dan panduan kepada kita untuk terus memperteguhkan keimanan kepada Allah SWT.

Dajjal adalah suatu fitnah yang cukup berat bagi orang yang akan bertemu dengannya, kerana itulah Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita agar sentiasa berdoa di akhir tahiyyat setiap kali menunaikan solat :

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bila seseorang selesai membaca tasyahud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)



karmila : Marilah sama-sama kita berdoa agar dijauhi dan diselamatkan dari fitnah dajjal ini, samada yang nyata iaitu Dajjal yang hakiki atau dalam apa-apa bentuk penjelmaannya sekalipun. Sesunguhnya ia adalah satu fitnah yang amat dahsyat!!!

4 ulasan:

  1. Terima kasih diatas perkongsiaan ini..moga kita dilindungi dr pelbagai fitnah diakhir zaman ini

    BalasPadam
  2. Bole bagi Dalam bentuk pdf X crita full dlm buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Check out (Edisi Melayu) Buku Art of Deception - Jerry D. Gray / Buku The Final Chapter / Buku Rasulullah is my doctor (PTS)j/x for RM82.00 - RM109.00. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/428246223/8961448703?smtt=0.225164988-1644102949.9.

      Padam
  3. nak juga dalam bentuk pdf plsss..

    BalasPadam