Jumaat, 11 Julai 2014

PERISTIWA PENGUSIRAN YAHUDI BANI AN-NADHIR


TAZKIRAH RAMADHAN OLEH USTAZ MOHD ZAINI SHAFIE

Tazkirah Ramadhan malam tadi tidak seperti selalunya yang berkisar dengan fadhilat Ramadhan. Terkesan dengan serangan Israel terhadap penduduk Palestine di Gaza, Ustaz Mohd Zaini Shafie berkongsi dengan ahli jemaah Surau Pekan Tambun berkenaan ayat 2 dari Surah Al-Hasyr yang menceritakan peristiwa pengusiran kaum Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah dek kerana perbuatan mereka yang melanggar perjanjian. Ini merupakan pengusiran pertama yahudi menandakan memang yahudi dari dulu sehingga kini memang tiada tempat di dunia ini. Walaupun dikatakan yahudi ini bangsa yang cerdik namun sebenarnya yahudi merupakan bangsa yang penakut dan sentiasa curiga antara mereka. Dengan mereka yang bersekongkol dengannya juga yahudi akan curiga dan kuncu-kuncu yang menyokongnya juga akan rasa curiga. Allah telah pecah belahkan hati-hati mereka.
Maksud firman Allah :
“Dialah (Allah) yang telah mengusir keluar orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab (Yahudi Bani an-Nadhir) dari kampung-kampung kediaman mereka bagi kali pertama pengumpulan dan pengusiran mereka (dari Semenanjung Tanah Arab). Kamu (wahai orang-orang Mukmin!) sama sekali tidak menyangka mereka akan keluar begitu, dan mereka juga menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari azab Allah. Lalu datanglah serangan Allah ke atas mereka dari arah yang tidak terfikir oleh mereka, dan Allah telah mencampakkan ketakutan di dalam hati mereka. Mereka merobohkan rumah-rumah dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang Mukmin. Oleh itu, ambillah pengajaran (dari peristiwa ini), wahai orang yang mempunyai akal fikiran!

karmila : Sumber kekuatan yahudi – apabila umat Islam mengabaikan perintah Nabi, mengengkari hukum Allah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan