Isnin, 14 Mac 2016

LEMON - SI KUNING YANG MENAWAN


“..Menyegarkan..” Tengok gambar saja dah rasa macam sejuk mata memandang. Apalagi kalau dah tau kebaikan yang ada padanya. Sebenarnya, saya tak memandang pun lemon ni. Tak masuk dalam favourite fruit pun. Tapi sejak dua menjak ni, dah beralih arah.

Sejak terjadinya cuaca panas dan kering melampau sekarang ini. Rumput tepi jalan pun dah tukar color tak rupa hijau. Jabatan Meteorologi kata, cuaca panas ini disebabkan oleh fenomena El-Nino, pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun.

Bila cuaca dah panas sangat, mandi pun rasa macam tak mandi. Bilik mandi dah jadi macam tempat spa. Kipas..air-cond rasanya 24 jam terpasang. Dua tiga kali tengok balik kat speed kipas, 1 ke 3 ni?? Temperature air-cond pun memang ambik yang paling sejuk dah. Dugaan dari Ilahi. Banyakkan bersabar. Elakkan dari berada terlalu lama di luar dalam cuaca panas.


Yang penting, banyakkan minum air. Haa..itu la datangnya idea nak kawan dengan lemon ni. Rupa-rupanya, letak sehiris lemon dalam air kosong pun dah rasa cool man! Tak payah bubuh ais, letak kat air-cond @ bawah kipas pun dah rasa menyegarkan.

Hirisan lemon yang dah terendam tu tak perlu terburu-buru buang, masukkan dalam bekas kaca berisi air letak kat dalam bilik, haaa..boleh jadi penyegar udara semulajadi.

Satu lagi petua saya nak share, lemon juga bagus nak hilangkan body odour, bahasa berlapik utk bau badan. Huyo..dengan cuaca panas sekarang ni, confirm peluh memanjang, itu yang keluar macam-macam bau tu..silap-silap bau kari pun ada. Hihihi..bau ketiak busyuk+minyak wangi..memang kaw punya.

Petua yang sangat mudah untuk mengelakkan ketiak berbau. Lepas mandi, sebelum lap badan tu, ambil sehiris lemon, gosok kat ketiak. Mula-mula mungkin rasa pedih..lama-lama ok je. Lepas tu mandi bilas semula buang sisa-sisa lemon tadi. Lepas kita berpeluh-peluh nanti cer test ambil bau ketiak tu, Insya Allah, bau tu semakin kurang dan jika berterusan memang dah takde bau kat ketiak.

Saya ada baca artikel la kan, sebenarnya peluh kita tidak berbau tetapi apabila peluh bercampur dengan bakteria yang hidup pada kulit, itu yang sebabnya jadi bau badan. Kawasan yang paling kuat bau biasanya di sekitar ketiak, kaki pun bau juga bagi mereka yang biasa pakai stoking & kasut tertutup. Tapi ada juga masalah bau badan ni disebabkan oleh perkara lain seperti toksin yang berlebihan dalam badan, faktor pemakanan & juga genetik. Apa pun, try dulu petua ni dulu baru tau takat mana masalah bau badan anda. Selamat mencuba.


karmila : Bekalku ke pejabat. :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan