Jumaat, 9 September 2016

ANUGERAH TERINDAH





Bersihnya jiwa anak syurga ini. Jujur dalam memuji, senang berterima kasih, mudah melafazkan maaf. Walau dimarahi, namun lepas seketika, sudah kembali riang gembira, seperti tiada apa-apa. Tiada amarah dihati. Tiada lara dijiwa. Tiada dendam membara.

"Terima kasih ummi..., belikan untuk Ina."

"Emm...sedapnya ummi masak."

"Amboi...cantiknya ummi."

"Pandailah ummi ni..."

"Ummi...Ina minta maaf..." Sambil memandang tepat ke mata dan memeluk erat umminya.

~ Dialah intan payung, dialah pipi tembam, dialah yang paling comey, dialah busyuk-busyuk, dialah ala sayang... ~

Alhamdulillah. Dialah anugerah terindah dari Allah buat ummi.

Ummi doakan Ina menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ummi dan abah. Moga sentiasa di dalam rahmat Allah dan diberi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.

Doakan juga agar ummi menjadi ummi yang solehah, menjaga amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang dan dengan didikan tarbiyah Islam. Aamiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan