Rabu, 26 Julai 2017

SEKECIL-KECIL BALASAN


Sudah menjadi rutin Ummi di awal pagi, saat menghantar Ina ke sekolah, pasti Ummi akan memasang radio IKIM fm sebagai halwa telinga sepanjang menemani perjalanan ke sekolah. Pagi itu kedengaran di radio, bacaan surah Al-Zalzalah Ayat 1 hingga 8.

Maksud Surah Al-Zalzalah.
1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). 
2. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. 
3. Dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?" 
4. Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. 
5. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.  
6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. 
7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. 
8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

******************************************************************

“Zahraa.. ummi ? kedengaran suara Ina dengan senyuman di bibir. “Bukan Zahraa Khalisah.. (nama adik sepupu ina yang berusia 1 tahun) tapi zarrah, maksudnya sangat halus, kecil teramat sangat.

“Macam dalam ayat tadi, maksudnya siapa yang buat kebaikan sebesar zarrah pun, Allah akan balas dengan balasan yang baik. Dan siapa yang buat kejahatan sebesar zarrah pun, Allah akan membalasnya juga.” Ummi mengulangi maksud ayat ke 7 & ke 8 surah Al-Zalzalah.

Ina berkerut dengan muka blurr..

“Contohnya macam ni..” Cubaan Ummi untuk memahamkan Ina.

“Semua benda baik yang ina buat Allah akan bagi pahala pada ina, macam tolong ummi basuh pinggan, kemas katil, tolong sapu sampah.. Kalau lagi kecil, macam ina senyum kat ummi, sayang ummi.. semua Allah suka.”

“Yer ke ummi?” Aju ina dengan mata yang bulat dan senyum yang melebar. “Iyer.. kan Allah dah sebut dalam surah tadi.”

“Itu yang baik. Tapi.. kalau ina buat tak baik, sakit kan hati orang, haa.. siap ! Allah balas nanti.” ujar Ummi dengan nada tegas.

“Contoh.. Ina saja-saja kenakan kawan.. masukkan katak dalam kasut dia.”

“Eh! Ummi.. bila masa ina masuk katak dalam kasut kawan ina.. ina pegang katak pun takut!” ujar ina pantas dengan kerut di muka.

“Hihihi.. ok..ok.. Ummi bagi contoh lain.” “Ina saja kenakan kawan masukkan pasir dalam kasut dia.”

Kriik.. kriik.. senyap.. takde jawapan balas.

“Ooo.. pernah buat la kut..” detik Ummi dalam hati sambil mengerling Ina di sisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan