Selasa, 12 Disember 2017

BACKPACKING BRUNEI 2017 (5)


KAMPONG AYER

Terletak di tepian Sungai Brunei, Kampong Ayer antara tarikan utama pelancong kerana terdapat perkampungan penduduk di atas air terbesar di dunia, yang dikatakan wujud lebih 500 tahun dahulu.

Nak tengok persekitaran kampung kena mudik sungai naik perahu tambang. Ia merupakan pengangkutan utama ke perkampungan berkenaan dan menghubungkan 13 buah kampung atas air di situ yang kepadatan penduduknya mencecah 15,000 orang.


Perahu tambang - mula2 start slow and steady, sekali dia masuk gear laju woo.. untuk yang nak adventurous.
Tak berani? boleh naik perahu panjang, beratap, ada life jacket, dengan kelajuan yang tenang.


Jambatan kecil untuk laluan paip perkhidmatan, basikal dan motorsikal


Jambatan konkrit dalam pembinaan - untuk laluan kenderan berat


Replika di dataran berdekatan Kampong Ayer


#backpackingBrunei2017
#27-29Aug2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan