Jumaat, 6 Disember 2019

DEFINISI ISLAM DARI SUDUT BAHASA

 


Malam tadi kami berusrah tentang tajuk “TASAWWUR KESYUMULAN ISLAM”
Baru sahaja dihuraikan tentang definisi ISLAM dari sudut bahasa sudah menggambarkan betapa besarnya makna ISLAM itu sendiri.

Bagi kita yang lahir-lahir sudah ISLAM mungkin ada sebahagian yang merasakan dah cukup ISLAM itu diletak di dalam kad pengenalan, surat beranak dan pada sijil-sijil yang lain, tanpa ada rasa betapa nikmatnya berada di dalam ISLAM berbanding perasaan mereka yang reverted to ISLAM atau mungkin yang masih lagi belum mengenal ISLAM.

Oleh itu, sangatlah penting kita berwajah, berakhlak dan beramal seperti mana yang dituntut oleh ISLAM dan yang paling utama, besarnya tanggungjawab kita menjaga kesucian agama ISLAM itu sendiri.

Perkataan ISLAM berasal dari perkataan “SALIIM” (سَلِيْمٌ) yang membawa maksud TULEN dan SUCI DARI KECACATAN ZAHIR DAN BATIN. Ini menunjukkan ISLAM merupakan agama yang suci dan bersih, menjadikan para pemeluknya untuk memiliki kebersihan dan kesucian jiwa yang mampu meraih kebahagiaan hakiki, baik di dunia maupun di akhirat.

ISLAM juga berasal dari kata “AS-SALMU” (السَّلْم) dan “SALAAM” (سَلاَمٌ) yang bermaksud DAMAI, AMAN dan SEJAHTERA. Ini menggambarkan ISLAM merupakan agama yang mengajarkan umatnya untuk cintakan kedamaian atau senantiasa memperjuangkan perdamaian, bukan peperangan atau konflik dan kekacauan. ISLAM juga merupakan agama yang senantiasa membawa umat manusia pada keselamatan dan kesejahteraan, kerana ISLAM itu adalah sejahtera dan selamat.

ISLAM juga adalah “ASLAMA” (أَسْلَمَ) yang membawa maksud TAAT dan MENYERAH. Seorang ISLAM secara ikhlas menyerahkan jiwa dan raganya hanya kepada Allah SWT.

Karmila :  “Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

#JomUsrah   #UsrahMuslimat  #TopUpIman  #TanpaTarbiyahGerentiRebah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan