Jumaat, 13 Disember 2019

BFF TILL JANNAH






Teringat semasa zaman sekolah dan zaman di universiti dulu-dulu.

Kawan-kawan sibuk berebut-rebut nak ada adik angkat, kakak angkat. Tapi saya tak terikut langsung trend tu.. entah.. sebab apa ye? Tak teringin satu, tak nak serabut kepala pun satu.

Contoh.. masa ‘happy hour’, berkepit saja si ‘adik-kakak’, bersembang sama, berbagi hadiah, makan sama, study sama, outing sama. Sebaliknya bila krisis melanda, pandai pulak join grup kawan-kawan yang ‘ditinggalkan’ sebelum ini.

Pernah sekali masa sekolah menengah, tiba-tiba ada sorang adik junior ni approach kata nak jadikan saya kakak angkat. Dalam hati tergelak gila.. Nak tolak, muka macam sincere. Senyum tanda setuju je la.

Rupa-rupanya, ‘perhubungan angkat’ tu tak lama, sebab si kakak angkat tak cukup caring, tak rajin nak berkepit, apatah lagi nak bagi hadiah.. 

Itu zaman saya. Zaman Generasi X.

Tapi bukan zaman anak-anak MILLENNIAL.


"BFF” Best Friend Forever 

Pening.. punya ramai BFF. Kata BFF, tapi kejap kawan, kejap gaduh. Ada masa puji melambung, ada masa habis aib dicerita. Kata BFF, tapi boleh keluar kata-kata toksik pada BFF yang lain. Kejap BFF, kejap putus BFF. Eh.. esok BFF balik. Banyak sangat drama.

Bila anak cerita pasal BFF, yang tu cakap macam ni, yang ni perangai macam tu.. yang kita dapat buat.. sekadar SABAR MENDENGAR. Walaupun ada juga rasa hilang sabarnya, kita pulak rasa marah dan naik angin bila dengar cerita-ceritanya.

Si Ibu bukan lagi memujuk bahkan siap cakap, “Alah.. tak payah BFF-BFF la.., takde sakit hati. Kalau ummi, memang ummi tak kawan budak-budak macam tu. Buat hal sendiri lagi baik.”

Itu ummi la konon. Tapi.. walaupun anak tu mendengar, kita tak boleh nak ‘expect’ dia akan ikut cakap kita. Budak-budak sekarang, bila kawan buat baik balik, lupa terus memori pahit yang terjadi.

Namun, sebagai ibubapa, kita perlu bersyukur apabila anak-anak masih percaya untuk meluahkan masalah mereka dengan kawan-kawan kepada kita.

Anak-anak yang masih hijau ini, perlu dibimbing dan diberi panduan oleh ibubapa. Fahamkan mereka tentang sahabat yang baik dan pada masa yang sama ada juga sahabat yang boleh merosakkan mereka.

Cantiknya jika mereka benar-benar faham tentang nilai sebuah persahabatan.

Persahabatan yang benar-benar kekal hingga ke Syurga ! 




#sratidhati   #BFF   #ukhuwahfillahabadanabada   #anakummidahabisdarjah6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan