Isnin, 6 Januari 2020

FORM 1 FIRST SCHOOL ASSEMBLY

 


Hari ini 1st assembly di sekolah anak. Terkejar-kejar juga untuk pastikan dapat sampai dalam waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah, nasib baik sempat.

Tiba-tiba, terdengar jeritan amarah guru disiplin agaknya.

"Naik atas pentas !!!"

Rupanya ada seorang pelajar ni bukan saja lambat, tapi entah mana silapnya.. boleh pakai baju sukan, sedangkan semua pelajar berpakaian uniform sekolah.

Eh.. ummi pulak yang rasa kecut bila dengar pekikan guru lelaki tu. Pelajar-pelajar apatah lagi (?)

Bertabahlah wahai anak.

Kemarahan, teguran seorang guru pastinya ada terselit niat di hati mereka untuk mendisiplin dan mendidik pelajar-pelajar agar satu hari nanti mereka menjadi  'ORANG'.

JANGAN TAKUT, KALAU TAK BUAT SALAH.  

#hormatiguru   #patuhiperaturansekolah   #ummihatitisu   #dahlamatinggalkansekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan